twitter
    Sertai kami di Facebook! :)

Thursday, 29 December 2011

Dakwah & Belajar...

DAKWAH + BELAJAR = POINTER DROP = GELAP MASA DEPAN

DAKWAH - BELAJAR = POINTER DROP =GELAP MASA DEPAN

BELAJAR -DAKWAH =POINTER MENINGKAT =CERAH MASA DEPAN

BELAJAR + DAKWAH = POINTER MENINGKAT= GIFTED !!!

iniah persamamaan yang selalu bermain diminda dan fikiran sahabat. Bilamana ada sahaja dakwah didalamnya, pasti akan memberi effect kepada persamaan pointer.

Bukankah Allah menyebut :

“...Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mencukupkan (keperluannya).” (Surah a-Talaq: 2-3)

tapi kenapa masih ramai pendakwah yang jatuh pointernya? Adakah ini salah agama?

Kita kaji, kita renung kembali sirah para pejung Islam.Mereka membawa agama, mereka menguasai ilmu kemajuan, mereka menguasai teknologi dalam peperangan,mereka golongan yang soleh, mereka meletakkan tawakkal yang tinggi pada Tuhan mereka, mereka tak gusar dengan sedikit ujian terhadap kekurangan diri,

KITA?Bukankah kalian dahulu hebat dalam UPSR? PMR pun hebat juga grednya. SPM? sudah tentulah power.Jika tak,mana mungkin kalian berada di Universiti.
TAPI, cuba fikir kembali. Semasa kita berada di sekolah, meskipun kita hadapi masalah pelajaran,tekanan, bagi yang belajar di sekolah agama pula, mereka terpaksa buat usrah. 
Tapi mengapa setiap kali ujian, kita dapat score dan peperiksaan pula , bukan main mantop!

Apa bezanya dulu dan sekarang? Dulu sibuk juga.Main game juga. Sama sibuknya dengan buat kerja dakwah ... Tapi masih boleh score....

Tahu apa bezanya dahulu dan sekarang??? 

Bezanya adalaah TAWAKKAL DAN DOA.

“Setiap amalan dimulakan dengan niat dan bagi setiap orang apa yang telah diniatkannya." (sahih Bukhari)

Jika dahulu, kalian sungguh-sungguh bangun malam, study hard, selalu minta mak doakan bila nak exam, selalu baca AlQuran. 

dAN Yang paling penting,kalian sungguh-sungguh berniat untuk MASUK UNIVERSITI dan ubah kehidupan keluarga. Kalian mahu bantu adik-adik.jadi contoh pada adik-adik. . .

Disebabkan TAWAKKAL dan DOA kalian, Allah telah memakbulkannya kerana Allah telah berjanji dengan suatu janji ....:

“Aku bersama sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku." (Riwayat Al Bukhari)

Lihatlah,meskipun dahulu ,kita tidaklah banyak membuat amal kebaikan.tetapi Rahmat Allah itu luas, asal sahaja hambanya meminta ,pasti dia kabulkan kerana Allah telah berjanji dengan suatu janji.......:

“Mintalah kepada-Ku, niscaya akan Aku kabulkan.” (QS. Al-Mu’min: 60).

TETAPI SEKARANG.....

Kalian tahu apa itu dakwah.Kalian berkobar-kobar membawa dakwah dengan merasakan usaha dakwah kalianlah yang menjadi PENYEBAB kepada termakbulnya doa kalian. 

Kalian tak lagi bagun tahajjud malam meminta diberi kejayaan dalam pelajarAN SEPERTI DULU . . 

Kalian tidak lagi telefon mak ayah di kampung bilamana datangnya exam SEPERTI DULU.....

Kalian tidak lagi memperbanyakkan bacaan AlQuran SEPERTI DULU...

Kalian lupakan segala apa motivator cakapkan semasa program menghadapi peperiksaan dahulu....

PEGANG DAN GIGITLAH HADITH INI..:

“Seseorang dari kalian tidak akan masuk syurga kerana amalnya, dia akan memasukinya kerana rahmat Allah.” 
Para sahabat bertanya: Dan termasuk Engkau juga wahai Rasulullah? Baginda bersabda: ”Ya, termasuk aku kecuali Allah telah menyelimutiku dengan rahmat-Nya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ingatlah, kalian tidak mendapat kebaikan kerana amalan yang kalian lakukan.Atau kerana dakwah yang kalian laksanakan. Ia adalah kerana RAHMAT ALLAH SEMATA-MATA.
Tidaklah kita melaksanakan dakwah dan menyeru kepada manusia kepada allah, melainkan kita harap segala penat lelah kita, Allah kesian kepada kita dan mengabulkan doa-doa kita. . .

Berdakwahlah dengan ikhlas...Bukan kerana kalian disogok dengan gelaran PEJUANG , DAE"I, PENDAKWAH dan sebagainya....
Berdakwahlah dengan ikhlas semata-mata kerana Allah, dan mengharapkan kesian belas dari-Nya. Kerana....

“Setiap amalan dimulakan dengan niat dan bagi setiap orang apa yang telah diniatkannya." (sahih Bukhari)

No comments:

Post a Comment