twitter
    Sertai kami di Facebook! :)

Sunday, 25 December 2011

Lau Kana Bainana

Bismillahirrahmanirrahim..

Seandainya Rasulullah Disisi  Kita

Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...


-----
Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.

Aku Rela....

DIARI SEORANG MUSLIMAH...

Ya Haiyyu Ya Qayyum

,Di malam yang dingin ini,aku ingin mengadu kepadaMu,
kepada siapa lagi igin aku luahkan perasaan ini selain Engkau yang memiliki jiwa ini.

.Sesungguhnya tidaklah terhitung syukurku kepadaMu dengan nikmat yang melimpah ruah yang Engkau berikan..Aku bersyukur dijadikan sebagai seorang wanita yang padanya punyai keindahan dan kelembutan .

Namun,menjaga nikmat wanita ini amatlah berat bagiku.Sesungguhnya tiadalah daya aku melainkan dengan Rahmatmu.

Ya Rabb
Amatlah berat bagiku untuk memikul beban perintahmu.

Aku ‘terpaksa’ melabuhkan tudungku ,tatkala yang lainnya ‘menggayakan’ dengan berbagai2 cara pakaian yang mendatangkan murkaMu

Aku ‘terpaksa’ memakai baju yang menyembunyikan perhiasan tubuh badanku,tatkala yang lainnya “menayangkan” kepada kaum Adam sebagai santapan.

Aku ‘terpaksa’ menjaga hubunganku dengan lelaki yang bukan muhrim dari segi percakapan dan tingkahlaku,tatkala yang lainnya bergurau senda,bersentuhan,bagaikan tiada lagi maruah dan harga diri,

Ya Rahman
Sesungguhnya,aku berasa sungguh asing sekali apabila aku menjalankan perintahmu.Mereka mencemuh aku dan memandang rendah kepadaku,Lalu,aku teringatkan pesanMu:

Akan tiba suatu masa pada manusia, dimana orang yang bersabar di antara mereka dalam memegang agamanya, ibarat orang yang menggenggam bara api.” (Hr. at-Tirmidzi)

Aku menangis setiapkali mengenangkan peristiwa ini.Tetapi kini aku sedar,bahawa apa yang aku harapkan hanyalah Cinta Agungmu dan moga aku bertemu dengan Rasulullah dalam keadaan aku menjadi diantara ummatnya yang taat di Syurgamu yang penuh dengan nikmat. . .

Tempat: di tikar sejadah kamarku

Masa:ketika mereka lain sedang tidur

Tarikh :1 Ramadhan 1431